Thursday, November 24, 2011

Jodoh Rahsia Allah

Salam Semua!
Meet again and this time wanna share this quotes and so in love mase first time bace nieh
"Tuhan akan menemukan kita dengan orang yang salah sebelum  Tuhan menemukan kita dengan orang yang tepat untuk diri kita." ♥
*Source from LadyMia*

Sangat setuju dengan kata-kata hikmat nie
Dan sangat sesuai bagi orang yg sedang patah hati dan kecewa
This words bagi inspiration utk jadi lebih kuat and teruskan kehidupan dengan ceria
First time bace kat majalah remaja and teros nak post kat FB

Jarang jumpe orang tulis macam nie
Well like I said this words sangat sesuai utk org yg patah hati dan kecewa
Sebab memang betul ada orang yg mengalami situasi macam nie
Contohnye seorang perempuan atau lelaki yg setia ditinggalkan oleh kekasihnya,
Seorang perempuan atau lelaki yg baik ditinggalkan oleh tunangnya,
Seorang isteri atau suami yang ditinggalkan oleh pasangannya
Dan semuanya di atas sebab yang tersendiri tanpa disedari dan dijangka

Setiap orang telah ditetapkan jodohnya

Ada sesetengah orang senang bertemu dengan jodohnya mungkin kerana telah ditakdirkan begitu
Namun ade juga yg sukar utk bertemu jodoh dan ditemukan dengan orang yg tidak sepatutnya serta berpisah dan kemudian baru berjumpa dengan orang yang ditentukan oleh Allah
Ada juga yg bertemu dengan orang yg salah pada mulanya namun dapat bersama semula di atas kesilapan diri masing-masing
Dan ada juga orang yg masih tidak menemui jodohnya sehingga sekarang dan sehingga menemui ajalnya

Pasti lega bila sudah bertemu jodoh

Walau ape sekali pun, semua nie takdir tuhan dan jodoh adalah rahsia Allah
Kita tidak akan ketahuinya sehingga la sampai seru di hati utk si dia menikahi kita
Dan adakala orang yg kita sangka adalah jodoh kita hingga ke akhir hayat selepas menikah,
Namun tidak kesampaian sampaikan ada konflik dan menuju ke penceraian

Kalau berbicara soal jodoh memang sampai bila pon tak akan sudah
Namun sebagai muslim kita hanya boleh serah dan tawakal pada tuhan tentang jodoh
Ya, memang benar jodoh terletak di tangan tuhan namun jodoh tidak akan sampai jika diri kita 
Tidak bersedia utk menjemput dan dijemput olehnya

Jadi bagi sesiapa yang merasakan dirinya belum sampai jodoh sehingga sekarang,
Muhasabah lah diri dan lihatlah diri adakah kita layak menikah pada waktu sekarang
Dan pertimbangkan banyak perkara utk menikah dan
Buka la hati seluas-luasnya utk menerima jodoh dengan seadanya dan mohon lah kepada-Nya
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukannya
InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment